SEJARAH NEGARAKU:
Lagu Negaraku dipilih
daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan
Seychelles. Sultan Abdullah telah membawa pulang lagu ini setelah Baginda
selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana
didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah
Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan
seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya
dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
(sumber: Wikipedia)
No comments:
Post a Comment