Monday, April 30, 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Set Induksi
( 5minit)




Langkah 1
( 5 minit )

Murid diperdengarkan bunyi-bunyi haiwan.
.
a.       ?



Mencirikan jenis-jenis haiwan mengikut gambar dan bunyi yang diperdengarkan.




Murid bercerita dan    melakonkan bunyi berdasarkan bunyi haiwan yang didengari.
Guru menjelaskan tujuan dan tajuk aktiviti dalam langkah berikutnya.


Guru meminta murid mengelik pautan yang telah disediakan.
Murid diminta membaca kuat teks dan merakam pembacaan dengan menggunakan movie maker.

Teori Pembelajaran
Bruner








Teori Pelaziman Operan Skiner
Peneguhan Positif




Langkah 2
( 5 minit )















Membaca teks yang disediakan.
Murid diarahkan duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
Guru meminta murid mengelik pautan yang telah disediakan mengikut nama kumpulan.
Murid diminta meneliti petikan kumpulan masing-masing
Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner
(Kecerdasan Muzik)

Teori Pelaziman Klasik Watson

Langkah 3
( 10 minit )































Penutup
( 5 minit )

Menyatakan ciri-ciri haiwan berdasarkan petikan.

Murid masih dalam kumpulan masing-masing dan diminta memilih salah satu gambar haiwan yang ditunjukkan.
Guru meminta murid mengakses internet untuk mencari maklumat tambahan mengenai haiwan yang telah dipilih dengan menggunakan carian Yahoo atau Google.
Murid diminta mengenalpasti ayat tunggal yang terdapat dalam maklumat tersebut.
Murid diminta membentangkan hasil dapatan didalam kelas yang akan datang dengan menggunakan perisian Power Point.
Guru merumuskan pencapaian murid.
.
Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari.
Guru memberi dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki pembacaan dan selalu mencari maklumat tambahan melalui internet.
Guru meminta murid mengelik video yang telah disediakan dan memintya murid menyanyi bersama-sama.
Penutup kognitif : Membuat rumusan isi pelajaran.

Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner
(Kecerdasan Muzik)

Teori Pelaziman Klasik Watson










Friday, April 27, 2012

Perdana Menteri Malaysia Kelima

PERDANA MENTERI KELIMA

NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya

31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima. Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.

Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.

Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya.

Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasuk Dr Mahathir.

Perdana Menteri Malaysia Keempat

PERDANA MENTERI KEEMPAT

NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun. Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.

Perdana Menteri Malaysia Ketiga

PERDANA MENTERI KETIGA

NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara.

Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.

Perdana Menteri Malaysia Kedua

PERDANA MENTERI KEDUA
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976 
Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.

Perdana Menteri Malaysia Pertama

PERDANA MENTERI PERTAMA
 NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

Friday, March 30, 2012

Biodata Diri



Nama : Puan Faidah Bt Abdullah
Sekolah : SK Taman Bukit Subang, Shah Alam, Selangor
Pekerjaan : Guru
Email : faidah-abdullah65@yahoo.com
No. Matrik : D20111049438